kata org, hidup biar berpendirian. jgn jd seperti lalang, kemana sahaja angin bertiup ke situ lah dirinya. tidak berpendirian, hanya mengikut arah angin dan tak punya matlamat hidup...
tapi...
bagi aku, biarlah aku menjadi lalang itu.
walau ditiup angin, tapi akarnay kuat mencengkam bumi.. walau kemana angin membawanya, ia tetap di situ. tak pernah rebah menyembah bumi. tak akur dengan arus angin..tegar melawan arus angin, biarpun meliuk lintuk ke kanan dan ke kiri...namun, akarnya tidak akan sesekali meninggalkan bumi.berpasak teguh di bumi...
biarlah aku menjadi lalang itu...
walau kemana aku di bawa, ke kanan, ke kiri, ke utara selatan timur mahupun barat, kiblatku tetap satu. biar angin dunia datang mengoncang tubuhku, aku tetap berpasak pada yang satu. walau apa yang terjadi, aku tahu siapa diri aku..
biarlah aku terus menjadi lalang itu..
walau ke mana aku pergi. aku tetap gah dengan diri aku.. akarku kuat mencengkam bumi. hatiku tetap satu.. diriku milik Dia yang satu.. dan aku tetap aku..
biar aku kekal sabagai lalang itu..
biar apa orang kata.. biar apa nilaian orang..aku tetap punya satu matlamat..aku tetap di situ..
biar kata org, lalang tak punya arah hidup, tapi ia tetap punya akar yg teguh...
dan akar kita adalah agama~Islam :)



2 comments:
sy suka, moga ia memberi inspirasi pada yang lain :D
insyaAllah... :D
Post a Comment