fuhhhhhhhhhhhhhhhhh..vroooooom, vrooooooooooooooom, vroooooooooooooooommmm!!
berhabuknya blog ni..al-maklumlah, lama tak menyinggah.. hehe.. sebulan lebih terbiar, penuh berhabuk..
errrr...
ehem ehem ehem
Assalamualaikum wbt. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin :)
Sihat semua. Masih dalam mood raya? XD
Dah sebulan tak menyinggah, dulu sibuk dengan nak exam A&E kononnya, lepas tu balik kampung 3 minggu lebih memang tak mengonline la. Al-maklumlah, kat kampung line internet macam siput. Cuti raya seminngu ja, tapi saya ja melebih-lebih cuti sampai 3 minggu ataupun 25 hari. :)
Kenapa jadi macam tu? Sebab saya adalah orang yang bernasib baik Allah beri ujian dan ganjaran pahala apabila bersabar diuji dengan sakit di bulan puasa ni. Saya sakit??!! Sakit apa?? Sebenarnya saya dijangkiti virus Varicella zoster. Sebelum diagnosis dibuat oleh Doktor, saya dah buat diagnosis sendiri tapi bila pergi Emergency Hospital Selayang dan Clinic CTC UiTM Kampus Sungai buloh, dua-dua doktor cakap bukan demam campak. 2 hari berturut pergi tapi diagnosis dan treatment tak dapat seperti yang sepatutnya. Memang tensen sangat dengan nak exam hari Jumaat, badan sakit, demam teruk. Last-last, hari Khamis pagi decide untuk pergi clinic sekali lagi, selepas 2 hari berturut-turut pergi jumpa doktor dan ini adalah hari ketiga, tapi CTC Selayang tak terima student. Selepas bersoal jawab, ke sana sini, cari driver, buat surat; akhirnya saya ditemani oleh housemate saya dibawa oleh abang Office college ke Hospital Selayang. Mujur jumpa Doktor AH which is specialist+lecture of A&E posting, sebelum masuk bilik rawatan lagi dah didiagnose as chicken pox and got 1 week of leave. Terus doktor cakap tak payah ambik exam, balik rumah mean balik kampung and rest.
Tak tahu nak cakap happy atau sedih. @_@ Tapi perjalanan balik dalam keadaan diri tak sihat sorang-sorang, naik komuter ke KL Sentral, ambik train balik Bukit Mertajam sangat memenatkan sampaikan saya rasa nak pitam masa tunggu komuter dekat Kepong Sentral. Naik turun tangga, mengharungi jejantas yang dirasakan sangat-sangat panjang waktu tu memang buat saya rasa nak nangis. Alhamdulillah, semua lancar walaupun sangat penat. Tak henti-henti doa dalam hati, moga Allah permudahkan segala urusan. Dan terima kasih pada kakak yang baik hati tolong tunjukkan jalan dan teman saya di KL Sentral sambil tunggu train dan tunjukkan arah. :)
Sampai ja BM, abang Mie dah siap tunggu dah.. fuhhhhhhhhhh.. lega dan hilang penat. Tapi lenguh badan, kaki,tangan tetap terasa. Perjalanan dari BM balik rumah kat Kulim rasa jauh pulak. Dan bila sampai rumah, semua orang tunggu dan take care, sangat-sangat terharu. Hilang penat semua. Dan, kat kampung saya pergi klinik sekali lagi dan dapat MC 5 hari lagi dan continue lagi dengan 5 hari menjadikan MC saya sebanyak 16 hari ditambah dengan cuti raya, jumlah cuti saya adalah 25 hari. Saya ulang sekali lagi, CUTI RAYA SAYA ADALAH 25 HARI
Chicken pox di kalangan dewasa, complicationnya banyak. It is self-limiting disease but should beware of its complication. And for me, I got shortness of breath and dysphagia. And when I breath, it was really painful and my chest is so painful.
Only 2 weeks all the blister started to dry and leave only scar including in my face and it take 3 weeks for my shortness of breath and dysphagia to relieve. Alhamdulillah, sekarang saya dah betul-betul sihat. Bulan Ramadhan ini akan jadi pengalaman bermakna bagi saya. Berpuasa sebagai diri saya yang baru dan juga berpuasa dengan sedikit ujian dan dugaan dari Allah. Mak saya selalu ingatkan saya jangan mengeluh bila saya rasa terbeban dengan sakit dan pesan mak jugak, "Allah tengah uji. Malaikat tengah kutip pahala yang kita dapat bila kita sabar dan selalu ingat Allah masa sakit ni. Masa sakit ni la kena lagi banyak sembahyang, baca al-Quran sebab kalau sihat asyik sibuk ja."
Alhamdulillah, walau sakit, demam tapi raya tetap meriah sebab dah sihat. Tapi kesian pulak dekat Aidil Ikhwan dan Aireen sebab depa pulak yang kena demam campak. Malam raya Aireen teriak sebab tak boleh nak pi jalan-jalan kutip duit raya dengan orang lain. Tapi bila hari raya dia yang paling banyak dapat duit raya..hehe.. tak aci sebab semua orang bagi duit raya extra kat dia. XD Tapi apapun, dia tetap tak boleh kalahkan Mak Su dia dalam mengutip duit raya. *dah besaq-besaq pun dapat duit raya lagi.tapi, ada aku kisah? :p
okaylah, stop dekat sini dulu. Nanti akan update yang terbaru. Gambaq pi jalan-jalan ke Padang Kota, Penang XD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment