CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 31, 2012

apa yang kau pandang?

situasi 1:

"owh, dia kawan baik aku dulu". 
"eh, ni kan budak kelas aku dulu". 
"eh, ingat lagi tak..kita dulu kan satu kelas masa sekolah dulu...ala, yang duduk depan tu, sebelah meja cikgu kat sekolah blablabla".. 
"la, takkan tak ingat kot. kita kan pernah borak dulu, pinjam-pinjam buku masa kat matrik dulu..sama-sama lepak kat library"
situasi 2:

"fuhhhh, nasib baik aku tak kawan dengan dia lagi". 
"eh, ingat tak budak tu.. ala, yang selalu kena jumpa cikgu tu". 
"eiii, nasib baik dia bukan kawan aku kalau tak aku pun mesti jadi macam dia". 
"errrr..kita pernah kenal ke?kat mana eh?siapa ye?maaf la, dah lupa la..lama sangat tak jumpa." 
situasi di atas adalah situasi yang biasa dilihat dalam kehidupan seharian kita. situasi 1 adalah apabila kita mencapai kejayaan, tak kira la dalam apa sahaja bidang mahupun tahap. bila di puncak, ramai yang mengaku kawan, mengaku saudara. tiba-tiba sahaja kita akan punya banyak kawan. yang hanya tegur di jalanan, borak sepatah dua sebulan, jumpa di tandas asrama, pengawas yang pernah denda kita masa zaman sekolah, senior yang entah tahun bila tiba-tiba saja jadi kawan. sepupu sepapat yang tak pernah jumpa, mula nak mesej-mesej, baru nampak batang hidung. itu semua sebab kita dah jadi orang berguna, berjaya, ternama dan ada kepentingan. 


tetapi, apabila kita di situasi 2, mana pergi teman yang dulu janji sehidup semati, susah senang setia bersama, kawan baik yang kononnya kawan sejati, berjanji untuk berteman hingga ke syurga kononnya sahabat hingga ke syurga. bila dalam kesusahan, gagal dalam peperiksaan akhir ataupun terpaksa mengulang peperiksaan atau mengulang semester atau tahun; hilanglah semua teman sejati, sahabat hingga syurga, kawan baik. malah, tiba-tiba sahaja semua dah tak kenal siapa kita. kerana apa? kini kita sudah tidak setaraf, tak sanggup punya sahabat yang gagal dalam hidup, tak sanggup lagi berteman kerana nak jaga reputasi kita sebagai pelajar A+. iyalah, siapalah kita pelajar yang biasa-biasa ni nak dibandingkan dengan mereka yang straight A dan menjadi penerima anugerah naib canselor. konvo dengan ijazah kelas pertama. 


tapi, tahukah mereka, kita tak punya pilihan. bukan dipinta untuk gagal atau tertinggal. andai takdir Allah untuk menguji hambaNya, mengapa perlu dikeji dan dihina insan yang diuji. insan yang diuji ini tak perlukan pandangan sinis anda semua untuk terus hidup, tak perlukan kata-kata sinis anda untuk ditelan demi menharungi hidup. dugaan ini bukan dipinta tapi anugerah dari Allah sebagai ujian untuk hambaNya yang Dia rindu untuk terus mendengar rintihannya yang berpanjang, yang sesekali melupakannya. "everyone will face their remedial in their life at least one or at least will do. you are the best group that are able to face it and being able to encounter it."  

No comments: